Saturday 18 May 2013

Fibroid oh fibroid

JANIN ATAU FIBROID

2013, rupanya dah dekat 3tahun aku kahwin.. entry kali ni aku nak mengimbau kenangan happy bertukar redha dengan ujian dugaan ini.

Selepas sebulan aku enjoy honeymoon, satu hari tu perut aku sakit sgt. aku pon tunggu la sehari dua hari kot2 cik Periot nak datang..

Tunggu punya tunggu Cik Periot tak datang juga..So, Hubby aku pun bawala aku p klinik, manala tau kot aku pregnant.

Aku pun excited je ms tu , bila jumpa dktr aku pun citer dengan panjang lebar sakit perut aku ni luar biasa. Dktor tu pun terus scan perut aku. 1st time aku kena scan aku diam je..tengok dktor tu macam tercari-cari apa yang ada dalam perut aku nih.

Tiba-tiba doktor tu berhenti mengejut, aku apa lagi dup dap..dup dap..hubby pula tunggu kat luar

Fibroid, itulah penyakit yaang aku xpernah dengar sebelum ni.. doktor kata ada dalam rahim aku dah 4cm pun...huhuhuh..doktor siap suruh aku makan ubat untuk kecutkan ketumbuhan fibroid tu.takut lagi membesar kena buang rahim aku.oh! tidak kalau rahim kena buang macam mana aku nk pregnant. waa.....

Aku pun dgn sedihnya keluar dari bilik dktor, hanya mampu tunjuk kertas scan pada hubby aku...tak ku sangka aku ada ketumbuhan dalam rahim. dan yg pasti aku sudah dapat agak aku susah untuk mendapat zuriat. Nasib baik hubby aku memahami..

Sejak hari tu, hidup aku hanya makan ubat doktor dan juga produk-produk herba kesihatan..frust sgt dan badan aku pula semakin bertambah-tambah isinya..hormon aku pun dah ting tong, Periot aku terus menghilang, setahun hanya 2x jer siap bulan puasa dah 3 thn aku puasa penuh tau...

Orang sekeliling aku pula asyik tya bila nak ada anak...tensen sesangat.

Selepas setahun aku usaha makan ubat, satu hari aku bleeding. Mc 4 hari. Darah sangat banyak berketul2 pulak tu. Mungkin sebab aku xperiot lama kot. Aku pun pergi ke klinik cek, dktor kata bleeding bukan ada janin gugur tapi dktor pun pelik kenapa banyak sgt darah. sampaikan nak ambik test air kencing pun darah je yang ada...

2 mnggu juga aku bleeding. Habis je bleeding tu aku p scan perut lagi. kali ni berulangkali aku p jumpa doktor lain2.. Alhamdullillah 5 orang dktor yang scan aku bgtau rahim aku kosong. Dktor 1st yang kata aku ada fibroid dulu pun dah sahkan yang fibroid tu dah hilang.. Aku punya la happy...yeay...!! Alhamdullilah

Tapi disebbkan pelbagai ubat doktor aku makan, hormon aku jadi tak stabil, periot aku pun dah jadi ting tong...doktor nasihat kan aku berdiet, inshaAllah  hormon akan stabil balik dan aku ada harapan untuk mendapat zuriat...aaminn.

So, kat sini aku senaraikan apa yang aku makan untuk kecutkan fibroid tu dan aku terus makan supplement ini kecuali ubat doktor untuk stabilkan hormon aku pulak

LD VENUS ELKEN
IG6 ELKEN
SPIRULINA ELKEN
VITAMIN C ELKEN
WIN TEA ELKEN
EPA ELKEN
UBAT-UBAT DOKTOR YANG SUSAH AKU NAK SEBUT NAMANYA