Puding Roti Kukus Karamel
Roti yang xabih jangan dibuang2,jom kita try buat puding roti karamel..hehehe..
Ni bahan-bahannya
3 sudu besar gula
1 sudu besar air suam
4 keping roti gardenia
4biji telur sederhana besar (gred b)
1cawan air suam
1cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1sudu kecil esen vanilla
Jom kita tengok cara-caranya pulak
Mula2 buat gula hangus dulu
-Dengan menggunakan api yang perlahan,masukkan gula di tengah-tengah loyang, tunggu sekejap sehingga gula bertukar warna menjadi kekuningan
-Setelah gula menjadi kuning, masukkan 1 sudu air suam
-Tutup api dapur, dan ratakan air gula di loyang
Puding Roti
- Blender roti bersama air suam, susu pekat dan susu cair
- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan blend lagi
- Tuang adunan puding ni kedalam loyang gula hangus tadi
- Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga masak..
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment